HIMPUNAN KISAH MALAIKAT

Kisah-kisah malaikat akan dipaparkan untuk dibaca dan ibu bapa, pelajar serta rakan-rakan boleh memberikan komen di dalam kisah tersebut. Terima kasih.

6 comments:

  1. KISAH ALLAH MENCIPTAKAN JIBRAIL.
    Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu dr beberapa sayap yang dimilikinya,maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

    Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna,maka Jibrail pun berkata kepada Allah,“Wahai Rabbku,apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan Jibrail,“Tidak”.Mendengar jawapan Allah,maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah.

    Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

    Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang,dengan fikiran yg melayang dan dosa mereka pun besar,maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu,sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

    Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga tersebut.

    Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

    Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

    Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari,istana,pelayan manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca dan semoga ianya mendapat pengetahuan buat rakan-rakan, ibu bapa dan pelajar2.

    ReplyDelete
  3. Amirah,

    Masukkan nota dalam bentuk perenggan dan jangan terlalu panjang ....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih en nada, akan saay perbaiki lagi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ustazah..

    Selesai membaca cerita di atas banyak pengajaran yang didapati. Begitu besarnya kuasa Tuhan tiada bandingan.
    Maka itulah tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Segala makhluk ciptaanNya menggalas tugas untuk dilaksanakan...Tahniah, cerita yang dapat membuka minda.
    Syukran

    ReplyDelete